Astrazeneca dibekalkan kepada penduduk pedalaman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media mengenai Perkembangan Perolehan Vaksin Covid-19 Negara di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media mengenai Perkembangan Perolehan Vaksin Covid-19 Negara di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Vaksin Covid-19 yang diperoleh daripada pengeluar, Astrazaneca bakal dibekalkan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia berikutan vaksin tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk beku biasa seperti vaksin lain.

"Untuk Astrazeneca, kita mungkin akan bekalkan kepada penduduk di pedalaman kerana fasiliti Kementerian Kesihatan mempunyai keupayaan sedia ada," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Menurutnya, perbincangan telah diadakan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi mengenal pasti penempatan vaksin keluaran Pfizer-BioNtech.

"Semalam kita bincang untuk kenal pasti hospital untuk dihantar vaksin Pfizer bagi disimpan pada suhu -70°C," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia meterai perjanjian peroleh 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19 iaitu tambahan 10 peratus kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara pada sekitar April tahun depan.

Pada perkembangan sama, Khairy berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan dengan Pfizer-BioNtTech sekiranya vaksin keluaran syarikat itu tidak efektif atau kurang berkesan terhadap varian baharu Covid-19, VUI202012/01 seperti dilaporkan di United Kingdom.

"Mereka sedang mengkaji dan memerlukan sekitar enam minggu untuk melakukan perubahan di dalam kandungan vaksin agar lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan bercakap, kalau boleh tukar, adakah ia akan menjejaskan kontrak," katanya.

Malaysia memperoleh 1.28 juta dos vaksin berasaskan BNT162 mRNA dari Pfizer untuk keperluan 6.4 juta orang bermula pada Februari depan.

Minggu lalu, Britain melaporkan varian baharu Covid-19 itu dengan kadar jangkitan 70 peratus lebih tinggi sekali gus memaksa negara itu mengambil tindakan sekatan lebih tegas menjelang sambutan Krismas Jumaat ini.