Pasangan dicekup khalwat bagi alasan mahu rehat sekejap

Pasangan kekasih memberi alasan mahu berehat sebentar ketika dicekup penguatkuasa di Kulim Utama, Hi-Tech Park kira-kira jam 3.20 pagi Selasa.
Pasangan kekasih memberi alasan mahu berehat sebentar ketika dicekup penguatkuasa di Kulim Utama, Hi-Tech Park kira-kira jam 3.20 pagi Selasa.
A
A
A

KULIM - Pasangan kekasih dicekup kerana berduaan dalam sebuah rumah ketika salah seorang daripadanya berada dalam kediaman itu di Kulim Utama, Hi-Tech Park di sini, konon untuk berehat sekejap sebelum balik ke Pulau Pinang.

Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, serbuan dilakukan hasil aduan daripada orang awam berhubung perbuatan maksiat pasangan berusia 22 dan 24 tahun itu yang mengaku telah mengenali sejak tiga tahun lalu selain merancang bertunang pada Mac depan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan kira-kira jam 3.20 pagi Selasa itu, pihaknya menemui lelaki berkenaan bersembunyi dalam salah sebuah bilik.

Pasangan kekasih memberi alasan mahu berehat sebentar ketika dicekup penguatkuasa di Kulim Utama, Hi-Tech Park kira-kira jam 3.20 pagi Selasa.
Pasangan kekasih memberi alasan mahu berehat sebentar ketika dicekup penguatkuasa di Kulim Utama, Hi-Tech Park kira-kira jam 3.20 pagi Selasa.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka bukan berstatus suami isteri. Difahamkan rumah berkenaan dihuni wanita tersebut bersama rakannya yang lain namun ketika kejadian mereka (rakan) pulang ke kampung.

"Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Hi-Tech untuk tindakan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dikenakan hukuman dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,' katanya.

Artikel Berkaitan: