Jalan sesak akibat pokok tumbang

Pasukan bomba membersihkan pokok yang tumbang sehingga menghalang laluan.
Pasukan bomba membersihkan pokok yang tumbang sehingga menghalang laluan.
A
A
A
SEREMBAN - Kejadian pokok tumbang dan tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Gadong Jaya menghala Ekamatahari di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tujuh kilometer, pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan, Pegawai Kanan II Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.33 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja pembersihan dan menebang pokok berkenaan.

"Akibat kejadian ini, berlaku kesesakan lalu lintas sejauh tujuh kilometer. Pasukan kita turut melakukan kawalan lalu lintas, setelah lokasi selamat tindakan lanjut diserahkan kepada polis.

"Operasi khidmat khas telah pun selesai dan laluan kembali pulih," katanya.
Artikel Berkaitan: