Dr Mahathir turut beri penghormatan terakhir kepada bonda Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir menziarah jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir menziarah jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamed Noah, bonda kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pasangan itu tiba di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi pada jam 9.‬05 pagi diiringi ahli keluarga lain termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut kelihatan memberi penghormatan ialah Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah Tun Rahah, 87, tiba di Masjid Ar-Rahah bersama 10 kenderaan selepas bertolak dari kediamannya di Jalan Eaton.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di masjid berkenaan.

Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor.

Artikel Berkaitan: