'Satu mainan, satu surah'

Shuib dan Sarah - Foto Instagram
Shuib dan Sarah - Foto Instagram
A
A
A
USAHA pelawak, Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisuddin menetapkan peraturan baru terhadap anak-anak mereka mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shuib berkongsi sepotong video yang memperlihatkan anak lelakinya Uwais Al Qarni, 7, perlu menghafal satu surah untuk mendapatkan satu mainan.

"Peraturan baru, satu mainan, satu surah," tulisnya.

No Image Caption



Lebih melucukan, Uwais sempat bertanya bagaimana sekiranya dia salah membaca surah tersebut dan Sarah menjawab : "Kalau salah tak ada mainan."

Artikel Berkaitan:


Rata-rata pengikut Shuib memuji usaha pasangan suami isteri ini yang menerapkan unsur pengajaran dan pembelajaran sebelum anak mendapatkan sesuatu.

Selain Uwais, Shuib dan Sarah turut mempunyai dua anak iaitu Dzakira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.