Tump, Jong-un bertemu 27,28 Februari ini

 Pertemuan kedua Jong-un (kiri) dan Trump akan berlangsung pada akhir bulan ini.
Pertemuan kedua Jong-un (kiri) dan Trump akan berlangsung pada akhir bulan ini.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengumumkan sidang kemuncak kedua beliau bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan diadakan di Vietnam pada akhir bulan ini.

Jutawan hartanah tersebut membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan Kongres.

Menurutnya, pertemuan itu akan diadakan pada 27 dan 28 Februari, namun tidak menyatakan secara spesifik lokasi terbabit.

"Ujian nuklear telah dihentikan dan tiada misil dilancarkan dalam tempoh 15 bulan. Jika saya tidak dilantik sebagai presiden, kita mungkin masih perang besar dengan Pyongyang. Banyak lagi kerja perluk dilakukan, namun hubungan saya dengan Jong-un adalah sangat baik," ujarnya.

Trump bertemu Jong-un buat pertama kali di Singapura pada Jun lalu, sekali gus menamatkan perang retorik antara kedua-duanya yang saling mengancam antara satu sama lain atas tindakan provokasi Korea Utara melakukan ujian nuklear. - AFP

Artikel Berkaitan: