Warga emas putih mata, emas, berlian tak sampai-sampai!

Mangsa dijanjikan wang, barangan kemas dan berlian sebelum melakukan sembilan transaksi.
Mangsa dijanjikan wang, barangan kemas dan berlian sebelum melakukan sembilan transaksi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas kerugian RM107,000 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, mangsa berusia 61 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita di laman Facebook yang memperkenalkan diri sebagai 'Laura Anderson' pada awal November lalu.

Katanya, mangsa yang juga seorang peniaga diperdaya oleh 'Laura Anderson' yang mendakwa dirinya berpangkat Kapten Tentera Laut Amerika yang bertugas sebagai jururawat di Iraq di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Suspek telah memperdayakan mangsa kononya telah mendapat hasil pemberontak seperti wang, emas dan berlian. Suspek juga telah berjanji akan menghantar kesemua hasil rampasan itu kepada mangsa.

"Mangsa telah dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa sebagai ejen penghantaran barang dan meminta mangsa membuat pembayaran bagi tujuan penghantaran barang, 'money laundry certificate' dan bayaran tafsiran kemasukan emas dan berlian," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Mohd Salleh, tanpa membuat sebarang semakan dan memaklumkan kepada kenalan yang terdekat, mangsa telah membuat sembilan transaksi pada akhir November lalu dengan keseluruhan pembayaran berjumlah RM107,000.

"Mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila tidak dapat berhubung dengan suspek dan akaun Facebooknya telah disekat.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kluang pada Khamis. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: