X

Kindly register in order to view this article
!

Tun Rahah meninggal dunia

Najib bersama ibunya, Tun Rahah. - Foto FB Najib Tun Razak
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tun Rahah Mohamed Noah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Perkara itu dikongsikan Najib menerusi laman Facebook dan Twitter beliau.

"Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada," katanya.

Menurut Najib, mereka sekeluarga kini berada di hospital.

"Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa turut berkongsi kesedihan menerusi laman Twitter beliau.

"Innalillahiwainnailaihiraajiun...Dengan penuh rasa sedih, Tun Rahah Mohd Noah telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi," ciapnya.

Annuar yang juga Setiausaha Agong BN turut menitipkan kata semangat kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarhamah... Al-Fatihah," katanya.

Terdahulu, Tun Rahah, 87, yang merupakan balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur selepas dilapor kurang sihat.

Sebelum ini beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menziarahi Tun Rahah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut perkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!