196 individu ingkar arahan PKP

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan menjadi kesalahan tertinggi dengan 88 individu dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 196 individu yang ditahan dan dikompaun diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (lapan) dan lain-lain (14).

Sementara itu, dalam Ops Benteng pada Rabu, beliau berkata, seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 87,522 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga Rabu dan ditempatkan di 76 hotel serta 17 Institut Latihan Awam (ILA).

"Daripada jumlah itu, seramai 9,004 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 532 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 77,986 individu telah dibenarkan pulang," katanya dalam satu kenyataan berkaitan perkembangan PKP di sini pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: