PM ucap selamat kembali ke sekolah

Anwar mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1 sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2026.
Anwar mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1 sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2026.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1 sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2026.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mengingatkan ibu bapa untuk mengiringi perjalanan pendidikan anak masing-masing dengan doa dan teladan yang baik.

"Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.

"Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik. Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-ALLAH,” katanya.

Kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali bermula pada bulan Januari tahun ini selepas berlaku peralihan sejak 2022 susulan pandemik Covid-19.

Sesi persekolahan bagi Kumpulan B iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula hari ini manakala bagi Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar terutama murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan 2026
  • Beliau mengingatkan ibu bapa mengiringi perjalanan pendidikan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik
  • Anwar berpesan agar ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk pelajar menjadi insan berakhlak dan berilmu
  • Kalendar akademik sekolah bagi tahun ini kembali bermula pada bulan Januari selepas peralihan susulan pandemik COVID-19
  • Sesi persekolahan bagi Kumpulan B di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan bermula hari ini, manakala Kumpulan A bermula semalam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!