Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri.

"Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan iaitu RM15 juta untuk 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

"Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Isu berkaitan perkhidmatan feri Pulau Pinang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang, yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lepas, akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari manakala feri sedia ada pula hanya digunakan sebagai medium pengangkutan bagi pengguna basikal dan motosikal. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Katamaran ganti feri di Pulau Pinang

Artikel Berkaitan:

Orang ramai tak setuju bot laju ganti feri

Perkhidmatan feri

Pulau Pinang dikhianati lagi: Guan Eng