RUU Perbekalan 2021 dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Negara

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.

Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu melibatkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800.

“Saya juga mohon memaklumkan bahawa Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dipinda di bawah ruang ‘amaun’ bagi Maksud B.47, dengan menggantikan perkataan 1,242,464,900 dengan perkataan 1,197,464,900, dan pada Jumlah dengan menggantikan perkataan 164,151,656,800 dengan perkataan 164,106,656,800,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir

Jelasnya, pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi Maksud B. 47 yang dinyatakan dalam Jadual kepada Rang Undang-Undang.