Menara Perkeso Jalan Ampang ditutup sehingga Jumaat ini

Kenyataan akhbar Perkeso yang memaklumkan ibu pejabat serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso Jalan Ampang ditutup sehingga Jumaat ini.
Kenyataan akhbar Perkeso yang memaklumkan ibu pejabat serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso Jalan Ampang ditutup sehingga Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso, Jalan Ampang ditutup bermula 14 Disember hingga 18 Disember ini untuk kerja-kerja pembasmian kuman.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, penutupan itu dibuat selepas terdapat seorang daripada kakitangan di Ibu Pejabat Perkeso dikenal pasti positif Covid-19.

"Kakitangan berkenaan kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital dan kes ditangani mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Di Perkeso, kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggan menjadi keutamaan kami. Perkeso akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya KKM bagi mengekang penularan wabak ini dan memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan yang hadir ke bangunan Perkeso terjamin," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my atau hubungi nombor careline Perkeso, 1300-22-8000.

Artikel Berkaitan: