Curi barang dalam stor di kuarters guru

Suspek ditahan bersama barangan curi di sebuah kuarters guru di Sungai Besar pada Jumaat lalu.
Suspek ditahan bersama barangan curi di sebuah kuarters guru di Sungai Besar pada Jumaat lalu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mencuri barang di dalam stor sebuah kuarters guru di Sungai Besar di sini Jumaat lalu.

Suspek berusia 39 tahun itu dicekup sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di tepi jalan Kampung Naidu di sini pada jam 1 petang, Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, susulan penangkapan suspek, polis menemui beberapa barangan curi di Jalan Parit 16, Kampung Sungai Panjang pada hari sama.

"Serbuan kira-kira jam 2.25 petang itu turut merampas barangan curi seperti pam air dan kipas 'blower'," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Agus Salim berkata, kegiatan suspek terbongkar apabila mangsa yang menetap di kuarters guru memeriksa keadaan tekanan pam air kira-kira jam 2 petang di stor berkenaan.

"Mangsa mendapati barangan miliknya iaitu set pam air, stearing rack dan disc brake kereta Perodua Kancil hilang di stor berkenaan sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Katanya, hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.

"Sehingga kini, suspek masih ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: