X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat bayi Muslim dijangkiti Covid-19 dibakar

Beberapa wanita mengikat kain pada pagar Krematorium Batticaloa sebagai tanda protes terhadap kremasi secara paksa yang dilaksanakan di negara itu. - Foto: Agensi
A
A

COLOMBO - Pembakaran mayat bayi Muslim di Sri Lanka secara paksa telah mencetuskan protes terhadap peraturan kontroversi yang melarang upacara pengebumian korban Covid-19 di negara itu.

Mohammed Shaikh berusia 20 hari apabila dia disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi di Colombo pada minggu lalu.

Mayat bayi itu kemudiannya dibakar walaupun tidak mendapat persetujuan ibu bapanya.

"Pihak hospital hanya maklumkan anak kami positif Covid-19 hasil daripada keputusan ujian antigen dan meminta kami menandatangani borang bagi prosedur kremasi tersebut. Kami juga meminta pihak hospital melakukan ujian PCR, namun permintaan itu ditolak," kata bapanya, Mohammed Fahim.

Menurutnya, dia juga merancang untuk mendapatkan AS$50 (RM202) untuk ujian PCR tersebut yang didakwa memberikan keputusan lebih tepat berbanding antigen.

Bagaimanapun, hasrat itu itu kesampaian apabila dia menerima sijil kematian daripada hospital dan mayat anaknya terus dipindahkan ke krematorium.

"Saya tidak tahu mengapa mereka seperti tergesa-gesa mahu melakukan prosedur itu sedangkan beberapa mayat mangsa Covid-19 biasanya ditempatkan di rumah mayat sehingga 10 hari sebelum dibakar," ujarnya.

Fahim turut menafikan kenyataan doktor kepada media yang mendakwa kononnya dia tidak menuntut mayat bayinya.

"Ia adalah satu pembohongan. Saya beritahu mereka mahu mengumpulkan wang terlebih dahulu untuk melakukan ujian PCR tersebut," tambahnya lagi.

Difahamkan, Sri Lanka adalah negara tunggal di dunia yang memaksa pembakaran mayat ketika pandemik tanpa menghiraukan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membenarkan pengebumian. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!