[VIDEO] Tiada pesakit Covid-19 ditempatkan di Hotel First World

Mesej tular pesakit Covid-19 ditempatkan di Hotel First World, Genting Highlands.
Mesej tular pesakit Covid-19 ditempatkan di Hotel First World, Genting Highlands.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang hari ini menafikan mesej tular yang mendakwa pesakit positif Covid-19 ditempatkan di Hotel First World Genting Highlands, Bentong.

Pengarahnya, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mudah berkongsi mesej tular tanpa membuat semakan terlebih dahulu kerana ia hanya mengakibatkan kegusaran dan ketakutan umum untuk ke Genting Highlands.

Menurutnya, hanya terdapat tiga lokaliti Covid-19 di Genting Highlands yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), iaitu Ria Apartment, Amber Court Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut.

"Tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan di lokaliti itu. Saringan Covid-19 juga tidak dilakukan pihak swasta tetapi kerjasama KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri

Tiada PKPD di Genting Highlands

"Mesej tular tersebut turut mendakwa pihak pengurusan Genting menyembunyikan kes positif dan menyimpan pesakit di hotel berkenaan mengakibatkan kebimbangan orang ramai dan menganggap virus itu menular di Genting Highlands.

"MKN Pahang menegaskan tiada kes positif ditempatkan di hotel itu. Sebaliknya mereka yang telah disaring didapati negatif tetapi dikuarantinkan sementara waktu," katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ibrahim (tengah) dan Pengarah MKN Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria (kanan) memeriksa jumlah pesakit Covid-19 di Sukpa yang direkodkan di papan kenyataan Bilik Gerakan PKRC Sukpa, hari ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ibrahim (tengah) dan Pengarah MKN Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria (kanan) memeriksa jumlah pesakit Covid-19 di Sukpa yang direkodkan di papan kenyataan Bilik Gerakan PKRC Sukpa, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Zakaria Ibrahim.

Tambahnya, bas yang bergerak ke Genting Highlands pula membawa 131 pesakit Covid-19 dari Amber Court Apartment warga asing ke Sukpa dan 144 dari lokaliti sama ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

"Orang ramai diminta mengikuti perkembangan kes menerusi Facebook Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan negeri akan memberi status terkini.