Mata kiri bayi terpaksa dibuang

Mata kiri Faraz perlu dibuang kerana menghidapi kanser retinoblastoma. - AP
Mata kiri Faraz perlu dibuang kerana menghidapi kanser retinoblastoma. - AP
A
A
A
SIDH - PAKISTAN. Seorang bayi berusia sembilan bulan akan kehilangan mata kirinya selepas berlaku 'pembengkakan' sekaligus disahkan penyakit kanser yang jarang ditemui.

Faraz Ahmed, dari Naushahro Feroze di wilayah Pakistan Sindh, tidak dapat melihat dengan mata kirinya akibat ketulan itu.

Ibu bapanya memberitahu, matanya normal sejak tiga minggu lalu kemudian berubah sedikit demi sedikit hingga menjadi benjol.

Keluarga berasa sedih setelah doktor diagnosis kanser retinoblastoma iaitu kanser mata yang jarang berlaku dan memberi kesan kepada kanak-kanak bawah lima tahun.

Ibu Faraz, Rubina Ahmed, berkata, Faraz adalah anak normal seperti kanak-kanak lain.

"Namun tiga minggu yang lalu, dia mengalami demam dan secara tiba-tiba mata kiri mengalami bengkak.

"Kami membawanya ke hospital tempatan dan doktor hanya memberi ubat sahaja tetapi benjolan mula kelihatan dalam beberapa hari kemudian. Bimbang melihat keadaan anak, saya terus ke hospital," katanya.

Doktor menyarankan Rubina, 25, dan suaminya, Fayaz Ahmed, 29, menghantar Faraz ke Pusat Perubatan Siswazah Jinnah Post di Karachi.

Mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 200 batu menaiki bas untuk tiba ke hospital tersebut.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, doktor yang merawatnya memaklumkan perlu membuang mata tersebut bagi mengelakkan kanser merebak di bahagian otak dan anggota lain.

Fayaz Ahmed hanya bekerja menjual air minuman di tepi jalan memperolehi£3 (RM16) sehari, terkejut mendengar berita itu.

"Seperti mahu gugur jantung apabila doktor maklumkan perkara itu tetapi itu sahaja cara untuk menyelamatkan nyawa anak.

"Semua perkara berlaku dengan pantas dan ia bagaikan mimpi ngeri. Kadang kala tidak mahu memikirkan tetapi dia satu-satunya anak saya," katanya.

Katanya berita itu amat menyedihkan dan mereka tiada pilihan lain.

"Kami berharap dia dapat menjalani kehidupan normal selepas pembedahan," katanya.

Sementara itu, Profesor dan Pakar onkologi di Hospital Jinnah, Ali Tahir, berkata, Faraz telah dimasukkan ke hospital seminggu lalu.

"Dia mengalami kanser retinoblastoma. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera. Melalui pembedahan, mata kirinya akan dikeluarkan.

"Malangnya itu satu-satunya rawatan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawanya," katanya. - AP