Satu kes positif Covid-19 dirawat di ICU HSNZ

Dr Alias Razak
Dr Alias Razak
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Satu kes positif Covid-19 kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Maklumat itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini.

Menurut kenyataan itu, Terengganu merekodkan pertambahan sembilan kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan sebanyak 34 kes Covid-19 aktif di negeri dengan jumlah keseluruhan sebanyak 271 kes.

Katanya, sebanyak 33 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu (31 kes), manakala dua kes di HSNZ.

"Kesemua sembilan kes hari ini adalah kes Kluster Dang Mutiara dan merupakan kontak rapat kepada kes-kes sebelum ini.

"Lapan kes adalah penularan tempatan iaitu dari mukim Kuala Dungun (7), satu kes di mukim Sura manakala satu kes import C di mukim Lubuk Kawah, Besut menjadikan sebanyak 29 kes Kluster Dang Mutiara.

"Sehingga hari ini Terengganu mencatatkan empat zon aktif iaitu zon kuning di mukim Kuala Dungun (17 kes), mukim Sura (5 kes), mukim Kuala Paka (1 kes) dan mukim Kemasik (1 kes)," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, individu yang memasuki Terengganu digesa hadir ke klinik kesihatan dan hospital berdekatan untuk menjalani penilaian risiko oleh petugas kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ia bagi membendung penularan tempatan dan menjaga zon hijau di negeri ini.