Manulife bantu komuniti menerusi 'pay it forward'

No Image Caption
A
A
A

MANULIFE memberikan perbelanjaan bersamaan $50 CAD (kira-kira RM157) kepada 35,000 pekerjanya di seluruh dunia untuk 'pay it forward' dan membuat kebaikan kepada komuniti setempat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roy Gori berkata, syarikat itu mendorong kakitangannya untuk menyumbangkan hadiah atau memberikan bantuan kepada individu atau organisasi dalam komuniti mereka.

Menurutnya, sumbangan boleh disatukan dengan rakan-rakan lain sekiranya mereka ingin menunjukkan sokongan secara kolektif.

"Pekerja digalakkan untuk berkongsi kisah sokongan mereka di media sosial menggunakan hashtag #ManulifeActofKindness. Semua catatan dan cerita akan dikongsi di www.manulife.com/actofkindness," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Manulife percaya bahawa kejayaannya sebagai syarikat bergantung kepada kejayaan komuniti yang dilayani dan memberi kembali, walaupun menerusi gerakan kecil akan membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Manulife Malaysia, Vibha Coburn berkata, ia merupakan usaha tepat pada waktunya, dalam lingkungan yang sangat mencabar untuk memberikan harapan dan pertolongan dengan cara apa pun kepada mereka yang terjejas.

Menurutnya, Manulife dan John Hancock telah melakukan pelbagai inisiatif pada tahun ini untuk menyokong masyarakat di seluruh dunia.

Katanya, sebagai tindak balas kepada penularan Covid-19, Manulife membuat sumbangan dengan memfokuskan kepada beberapa bidang kritikal termasuk keselamatan makanan untuk yang terjejas; menyokong kesejahteraan pekerja kesihatan; membolehkan sokongan kesihatan mental melalui program digital; menawarkan kelegaan kewangan kepada pelanggan dan menyediakan sumbangan yang sesuai dan program sukarelawan maya.

Artikel Berkaitan: