Kaji semula kesan cukai terhadap produk tembakau

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas pada Jun lalu.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas pada Jun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Advokasi dan Jenama Dagangan Cawangan Malaysia (RTBA Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang melindungi rantaian bekalan dan jenama daripada kegiatan jenayah, menyarankan kerajaan-kerajaan di rantau ini supaya mengkaji semula dan jika perlu, melakukan reformasi ke atas struktur cukai produk tembakau masing-masing.

Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Datuk Fazli Nordin berkata, negara-negara seperti Australia dan beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, telah mengenakan duti eksais tinggi ke atas produk tembakau dengan tujuan mengurangkan minat orang untuk merokok dan meningkatkan perolehan am.

Bagaimanapun tindakan itu katanya, telah mendorong ramai pengguna mencari alternatif haram dengan membeli rokok seludup yang jauh lebih murah harganya kerana satu daripada kunci utama perdagangan rokok seludup ialah faktor harga.

Polis berjaya merampas rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini.
Polis berjaya merampas rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

"Dalam kes Malaysia, rokok sah hari ini berharga tiga hingga empat ganda lebih mahal daripada rokok seludup.

"Ini tentunya menggalakkan penjualan rokok seludup yang kini menguasai 65 peratus jumlah keseluruhan pasaran, menjadikannya tertinggi di dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fazli berkata, kerajaan-kerajaan serantau mestilah membantu agensi penguatkuasaan negara masing-masing dalam memerangi perdagangan rokok seludup.

"Ia hanya boleh dilakukan dengan menutup jurang harga antara produk sah dan seludup menerusi reformasi cukai yang praktikal dan oleh itu, mematikan dorongan mengaut hasil daripada sindiket jenayah menerusi penyeludupan rokok seludup,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Fazli
Fazli

Pada masa yang sama, katanya, RTBA Malaysia turut memuji Jabatan Kastam di ASEAN dan Australia atas komitmen mereka menangani isu rokok seludup di rantau ini menerusi pengukuhan kolaborasi.

"Kolaborasi pelbagai negara ini merupakan strategi tepat bagi mengekang perdagangan rokok seludup yang merupakan ancaman semakin besar di rantau ini," katanya.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian pada Bengkel Pasukan Petugas mengenai Pelan Rokok Seludup yang diadakan secara maya pada 3 hingga 5 November, dihoskan oleh Australian Border Force (ABF) dan disokong oleh Pusat Kerjasama Penguatkuasa Undang-undang di Jakarta.

Mereka menyasarkan untuk meneguhkan kerjasama antara kesemua negara terlibat untuk menangani isu tersebut memandangkan hasil daripada pasaran gelap itu digunakan untuk membiayai aktiviti jenayah lain yang mengancam masyarakat di rantau ini.

Aktiviti penguatkuasaan bersama akan bermula pada 2021, menurut laporan media.

Semasa bengkel tersebut, Pengerusi Kumpulan Kerja Penguatkuasaan dan Pematuhan Kastam ASEAN (CECWG) mengenengahkan isu rokok seludup merupakan permasalahan besar ekonomi di rantau itu kerana lebih

daripada 50 peratus rokok di pasaran dijual secara haram, mengakibatkan kerugian cukai berbilion dolar.

Menurut laporan Illicit Tobacco in the Asia-Pacific Region: Causes and Solutions oleh RTBA yang diterbitkan pada April lalu, rokok seludup adalah ancaman yang tidak dapat dihalang di dalam sempadan.

Ancaman ini begitu ketara di China, Vietnam, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Laporan itu turut menyatakan bahawa China, pengeluar rokok tidak sah terbesar di dunia, akan menggunakan Singapura sebagai pusat pengedaran utama untuk mengangkut menggunakan kapal memasuki Malaysia dan destinasi seterusnya seperti Australia.

"Kami berkeyakinan bahawa kolaborasi serantau ini akan menjejaskan aliran rantauan bekalan transnasional rokok seludup itu," kata Fazli.

ARTIKEL BERKAITAN: Atasi jurang harga untuk hentikan pasaran gelap tembakau

Kerajaan digesa naikkan cukai tembakau lima kali ganda