Rusia 'paksa' kelasi Ukraine beri kenyataan palsu

Andrei Drach, seorang dari tiga warga Ukraine yang memberi kenyataan. - Foto ROSSIYA 24
Andrei Drach, seorang dari tiga warga Ukraine yang memberi kenyataan. - Foto ROSSIYA 24
A
A
A
MOSCOW - RUSIA. Tiga kelasi warga Ukraine yang ditahan Rusia susulan konflik terbaharu membabitkan kedua-dua negara dilaporkan mengeluarkan kenyataan menerusi siaran televisyen.

Andrei Drach mengaku berada dalam kapal Nikopol dan menerima arahan untuk berlayar dari Odessa ke Mariupol.

"Pasukan Perkhidmatan Sempadan memberi amaran bahawa kami telah melanggar undang-undang negara itu. Mereka berulang kali mengarahkan kami meninggalkan kawasan perairan milik Rusia," kata Drach.

Sergei Tsybizov turut mengaku berada dalam kapal sama, sementara seorang lagi kelasi, Vladimir Lesovoy mengaku sebagai komander unit tentera yang merupakan sebagai dari pasukan petugas tentera laut.

"Saya dengan sengaja ingkar arahan untuk meninggalkan perairan Rusia," ujar Lesovoy sambil menambah terdapat senjata di atas kapal termasuk mesingan.

Ketua Tentera Laut Ukraine, Ihor Voronchenko, bagaimanapun menegaskan kepada media tempatan bahawa ketiga-tiga lelaki berkenaan dipaksa memberi kenyataan palsu.

"Saya mengenali ketiga-tiga kelasi terbabit. Mereka adalah pekerja profesional yang jujur dalam tugas masing-masing, apa yang mereka katakan itu adalah tidak benar," katanya

Ketua Perkhidmatan Keselamatan Rusia (FSB), Vasyl Hrytsak mengesahkan laporan Rusia tentang kehadiran anggota pasukan berkenaan di atas kapal, namun ia adalah 'misi rutin' yang turut kerap dijalankan oleh tentera laut Rusia.

Situasi tegang bermula apabila Rusia bertindak menahan tiga kapal milik Ukraine berhampiran Moscow dan Crimea selepas ia didakwa tidak mengendahkan amaran berhenti hingga memaksa kapal perang Rusia melepaskan tembakan yang turut menyaksikan beberapa kru cedera.
Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Konflik baharu Ukaine-Rusia?]

Rusia mendakwa ketiga-tiga kapal Berdyansk, Nikopol dan Yani Kapu menceroboh perairan mereka ketika melalui Selat Kerch, namun Ukraine menegaskan insiden berlaku di kawasan yang bebas untuk kapal berlayar.

Dalam pada itu, Parlimen Ukraine meluluskan undang-undang tentera selama 30 hari bagi membolehkan sekatan terhadap pergerakan dan perhimpunan awam, perintah berkurung dan media.

[ARTIKEL BERKAITAN: Parlimen Ukraine lulus undang-undang tentera 30 hari]

Negara Barat turut mengecam tindakan Rusia yang menggunakan kekerasan dalam menangani isu berkenaan. - BBC