X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Jakim akan panggil pendakwah selebriti

Ahmad Marzuk Shaary
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil sekumpulan pendakwah selebriti pada hujung bulan ini untuk mendapatkan pelbagai input berkenaan medium dakwah yang disampaikan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, pertemuan itu penting terutamanya dalam langkah menjaga nama baik pendakwah-pendakwah berkenaan selain nama baik agama Islam.

“Pada hujung bulan ini, Jakim akan panggil kumpulan pendakwah selebriti untuk dikumpulkan dalam satu majlis.

“Mereka akan disampaikan mesej daripada kerajaan untuk mengharmonikan dan menjaga nama baik pendakwah serta agama Islam," katanya pada sidang akhbar sempena majlis sumbangan Musaadah Covid-19 Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.

Terdahulu, Marzuk diminta mengulas mengenai beberapa isu melibatkan golongan pendakwah yang dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial dan salah laku sejak kebelakangan ini.

Isu tersebut termasuklah berhubung pendakwah selebriti dan yang terbaharu membabitkan peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da'i Syed yang didakwa atas tuduhan merogol dan mencabul.

Sementara itu, Marzuk berkata, walaupun kes seperti itu agak terpencil, namun ia tetap membawa pandangan tidak baik terhadap kumpulan pendakwah dan agamawan.

“Walaupun isu ini boleh dianggap sebagai terpencil, namun ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!