Filem 'Babi': Seniman khuatir wujud unsur pemalsuan dokumen kepada Finas

Mohd Hafiz (kanan) membuat laporan polis terhadap Namawee di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Hafiz (kanan) membuat laporan polis terhadap Namawee di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan penyanyi dan pengarah muzik, Namewee menerbitkan filem terbaharu berjudul 'Babi' terus menerima menerima kecaman.

Terbaharu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) turut membuat laporan polis berhubung filem berkenaan hari ini.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem berunsur perkauman yang ditayangkan di luar negara itu telah mencalarkan imej Malaysia di negara luar.

Menurutnya, penerbitan filem itu juga dikhuatiri melibatkan pemalsuan dokumen kerana judul filem yang ditayangkan tidak sama dengan judul asal yang telah dicadangkan dalam kertas kerja.

"Judul asal ialah 'Sekolah'. Dalam konteks ini sekiranya mahu ubah tajuk selepas selesai proses produksi, permohonan perlu dihantar semula kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Namun kita khuatir perkara itu tidak berlaku. Bagaimanapun perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan juga Finas.

"Pada masa sama, Seniman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan serius dengan menahan dan menyekat saluran media sosial milik Namawee kerana dia turut memuat naik klip filem ini. Perkara ini perlu dihentikan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda PN lapor polis kontroversi filem 'Babi'

Mohd Hafiz berkata, secara peribadi berdasarkan klip yang telah ditontonnya, terdapat unsur-unsur perkauman dalam filem itu meskipun dikatakan ia berdasarkan kisah benar.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Seniman bersikap terbuka bagi mana-mana pihak yang mahu menerbitkan sebarang filem namun harus berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Finas dan Lembaga Penapis Filem (LPF).

"Kita tidak menyekat mana-mana pihak membuat filem yang kritis tapi kita kena faham dalam Malaysia kita ada pelbagai kaum.

"Banyak lagi isu-isu lain yang boleh diangkat. Tidak semestinya filem berunsur perkauman ini," katanya.