Pemuda PN lapor polis kontroversi filem 'Babi'

Azwan (tiga dari kiri) bersama Pemuda PN membuat laporan polis berhubung penerbitan filem berjudul 'Babi' di IPD Dang Wangi hari ini.
Azwan (tiga dari kiri) bersama Pemuda PN membuat laporan polis berhubung penerbitan filem berjudul 'Babi' di IPD Dang Wangi hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan penyanyi dan pengarah muzik, Namewee menerbitkan filem terbaharu berjudul 'Babi' didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Wakil Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Mohammad Azwan Azmi berkata, provokasi yang dilakukan amat keterlaluan kerana filem itu seolah-olah menghina tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

"Pada paparan poster filem itu sendiri kita sudah jelas dengan perkataan berunsur hinaan.

"Kami bimbang ianya akan menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Azwan menunjukkan laporan polis dan poster filem 'Babi' pada sidang akhbar yang diadakan di hadapan IPD Dang Wangi hari ini.
Azwan menunjukkan laporan polis dan poster filem 'Babi' pada sidang akhbar yang diadakan di hadapan IPD Dang Wangi hari ini.

Azwan berkata, meskipun filem ini dikatakan bukan untuk tayangan di negara ini, namun ianya secara jelas membawa persepsi negatif masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

"Saya amat berharap agar sebarang akses kepada penyiaran filem itu di negara ini disekat ini termasuk platform media sosial milik penyanyi itu sendiri," katanya.

Sebelum ini, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 37, mencetuskan kontroversi pada tahun 2007 apabila menghasilkan video rap dari lirik lagu kebangsaan yang menghina negara, pasukan polis, Melayu dan azan.

Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, dia kemudiannya membuat permohonan maaf.

Artikel Berkaitan: