Tarik balik saman: Hadi kunci mulut sampai 11 Februari?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pas tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menarik balik tuntutan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sehingga 11 Februari ini.

Memetik laporan Berita Harian, sumber Pas berkata, Abdul Hadi juga tidak akan mengeluarkan kenyataan sehingga mesyuarat di peringkat pusat diadakan.

“Tunggu sehingga 11 haribulan ini... akan ada kenyataan dikeluarkan berkaitan keputusan Presiden (Abdul Hadi) berkenaan kes saman terhadap Sarawak Report.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu dedah terima mesej kecewa ahli Pas

“Kenyataan itu akan dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat Pas,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare di luar mahkamah dan editor berkenaan turut menarik balik Tuntutan Balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu.

Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian tersebut.

Clare juga menjelaskan tidak menurunkan artikel berkenaan walaupun kes diselesaikan di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: