Lapar sangat sampai langgar lampu isyarat merah

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak menjalankan Ops Motosikal dan Ops Lampu Merah sekitar daerah itu hari ini. - Foto ihsan PDRM
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak menjalankan Ops Motosikal dan Ops Lampu Merah sekitar daerah itu hari ini. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TELUK INTAN - "Tidak perasan lampu merah sebab nak cepat beli makanan." Itu antara alasan diberikan penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Lampu Merah di sini hari ini.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak turut melakukan Ops Motosikal di sekitar Langkap dan Kilometer 3 Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, sebanyak 65 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam kedua-dua operasi tersebut.

“Sebanyak 34 saman kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya menerusi Ops Lampu Merah yang bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Operasi ini lebih tertumpu kepada kenderaan yang kebanyakannya sering mengabaikan dan melanggar lampu isyarat merah di lokasi terbabit,” katanya.

Kamaruddin berkata, sikap penunggang motosikal berkenaan sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 31 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh empat jam bermula jam 3 petang semalam menerusi Ops Motosikal.

“Sebanyak 35 buah motosikal dan 40 individu diperiksa telah diperiksa. Antara kesalahan yang dikenakan tindakan saman termasuk tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan. Sebuah motosikal turut disita atas kesalahan ubah suai kenderaan.

Artikel Berkaitan:

“Operasi itu dilaksanakan bagi membendung aktiviti permotoran yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.