X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas bintang bola sepak Itali, Paolo Rossi meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak Itali, Paolo Rossi dilaporkan meninggal dunia ketika berusia 64 tahun hari ini. - Foto Getty Image
A
A

ROME - Pemain bola sepak Itali yang pernah membantu negara itu menjuarai Piala Dunia pada tahun 1982 di Sepanyol, Paolo Rossi meninggal dunia ketika berusia 64 tahun, lapor media hari ini.

Pengumuman kematian beliau dibuat menerusi saluran televisyen sukan RAI Sport iaitu tempatnya bekerja sebagai pengulas sukan pada awal hari ini.

Rossi memenangi dua kejuaraan liga Itali Serie A, satu kejuaraan Piala Eropah dan satu kejuaraan Coppa Italia semasa empat tahun bermain bersama dengan kelab Juventus.

Menurut portal Daily Mail, enam gol jaringannya pada Piala Dunia kira-kira 38 tahun lalu dan membawa negaranya menjuarai Piala Dunia adalah yang paling diingati dalam sejarah bola sepak.

"Paolo Rossi sudah meninggalkan kita," kata pengacara RAI Sport, Enrico Varriale.

Beliau yang juga pernah bermain dengan kelab AS Milan dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik pada zaman kegemilangannya.

Punca kematiannya tidak didedahkan media.

Rossi meninggal dunia selepas bekas pemain bola sepak Argentina, Diego Armando Maradona meninggal dunia pada 25 November lalu dipercayai akibat serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires.

Ketika bersama skuad kebangsaan, Maradona menjulang Piala Dunia pada tahun 1986.

Beliau dilaporkan pernah menjalami pembedahan di bahagian kepala pada 30 Oktober lalu. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!