Nekad kerat zakar suami curang

Otike-Odibi (kanan) dituduh membunuh suaminya di kediaman mereka di Songotedo, Lekki pada Mei tahun lalu.
Otike-Odibi (kanan) dituduh membunuh suaminya di kediaman mereka di Songotedo, Lekki pada Mei tahun lalu.
A
A
A

LAGOS - NIGERIA. Seorang wanita di Nigeria bertindak mengerat zakar suaminya yang didakwa curang selepas menikamnya hingga mati.

Udeme Otike-Odibi, 47, dituduh membunuh Sym Otike-Odibi, 50, selepas mengesyaki lelaki terbabit mempunyai hubungan luar nikah.

Kejadian pembunuhan itu berlaku di rumah pasangan peguam terbabit di Songotedo, Lekki, Lagos pada Mei tahun lalu ketika Otike-Odibi yang mempunyai kerakyatan Britain dan Nigeria sedang membuat persediaan untuk terbang ke London.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Igbosere di Lagos, pasangan terbabit dilaporkan mengalami masalah rumah tangga.

"Wanita terbabit berang selepas gagal menemui sijil perkahwinan mereka hingga menyebabkan mereka bergaduh. Dia kemudiannya mengambil kuali dan pisau di dapur dan bertindak memukul serta menikam mangsa sebelum mengerat zakarnya.

"Hasil pemeriksaan di rumah mereka, polis menemui kuali, pisau berlumuran darah selain pasport tertuduh," kata ketua polis yang menyiasat kes itu, Olusegun Bamidele.

Otike-Odibi kini ditahan di penjara selepas mengaku tidak bersalah.

Hakim Adedayo Akintoye menangguhkan pendengaran kes itu pada 25 Februari depan. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: