Adun Pas tandatangani SD sokong Saarani sebagai MB Perak

Dari kiri: Razman, Mohd Akmal dan Khalil menunjukkan SD menyokong Saarani sebagai Menteri Besar yang ditandatangani di sebuah hotel di Ipoh hari ini.
Dari kiri: Razman, Mohd Akmal dan Khalil menunjukkan SD menyokong Saarani sebagai Menteri Besar yang ditandatangani di sebuah hotel di Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Semua tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas di Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Akuan itu ditandatangani Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamarudin (Selama), Khalil Yahaya (Kubu Gajah) sekitar jam 3.45 petang tadi di sebuah hotel di sini.

Maklumat yang dikongsi kepada media memaklumkan bahawa persetujuan itu bakal menamatkan kemelut politik pentadbiran di Perak selepas usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat lalu.

Pas sebelum ini tegas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu di Perak.

Bagaimanapun hasil pertemuan enam mata membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan: