Noor Azam Ketua Polis Selangor baharu

Mohamad Fuzi menyaksikan serah terima tugas antara Mazlan (kiri) dan Noor Azam.
Mohamad Fuzi menyaksikan serah terima tugas antara Mazlan (kiri) dan Noor Azam.
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Noor Azam Jamaludin dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu menggantikan Datuk Mazlan Mansor berkuat kuasa hari ini.

Noor Azman sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan.

Sementara Mazlan pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Mazlan dengan Noor Azam berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini dan disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Noor Azam berkata, beliau bertekad menurunkan indeks jenayah dan menjadikan Selangor sebagai negeri yang berterusan selamat.

"Dengan pengalaman pernah bertugas sebagai Ketua Polis Shah Alam selama empat tahun saya akan berusaha sebaik mungkin memerangi jenayah termasuk judi, gangterisme dan dadah.

"Hubungan polis dengan masyarakat akan terus diperkukuh termasuk semua komuniti di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata, sepanjang menerajui Selangor selama setahun enam bulan, Ops Seafield yang melibatkan rusuhan di Kuil Sri Mariamman November tahun lalu adalah cabaran terbesar beliau.

Artikel Berkaitan:

"Ops Seafield paling mencabar, sentimen yang tercetus di situ boleh merebak ke seluruh negara, jika tidak ditangani dengan baik.

"Dengan panduan daripada Ketua Polis Negara dan PDRM apa yang berlaku di Seafield dapat ditangani dengan baik dan setakat ini keadaan di sana telah kembali kepada asal," katanya.