Pas arah ADUN menghadap Sultan Perak

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni penuh teliti dan beradab.

“Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka Pas mengarahkan semua ADUN Pas untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“Pas akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Perak titah semua ADUN Bersatu, Pas menghadap

Pendirian Pas Perak selari dengan Pas Pusat

Pemimpin UMNO, Pas bincang krisis politik Perak

Semalam, Pas membatalkan hasrat untuk menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta berikutan kemelut politik yang berlaku negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.

Artikel Berkaitan:

Selain ADUN Gunong Semanggol itu, dua lagi ADUN Pas ialah ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas, Bersatu akan mohon menghadap selepas mesyuarat