X

Kindly register in order to view this article
!

Pemimpin UMNO, Pas bincang krisis politik Perak

Annuar
A
A

SHAH ALAM – Pemimpin UMNO dan Pas akan segera bertemu untuk membincangkan perkembangan politik semasa termasuk di Perak.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya, @AnnuarMusa berkata, pemimpin kedua-dua parti itu akan bertemu di peringkat Muafakat Nasional (MN).

“Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan. Jangan mengharap untung secupak, tapi akhirnya rugi segantang,” ciapnya yang kemudian menerima reaksi balas pengguna Twitter lain yang berpendapat perkara itu menyentuh situasi semasa dan politik negara.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

'Jangan terlalu cepat rai penyingkiran saya'

Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal, Exco

Kata @mijjemije, "Tolak pemimpin picisan. Selamatkan rakyat yang berada di bawahnya. Jangan biar kapal karam sekali lagi dengan penumpang, sedangkan kita sedar kapal tersebut tersilap haluan. Hanya formula Muafakat Nasional UMNO+Pas untuk kemenangan PRU15. Jangan biarkan ia sekadar retorik.”

Sebelum ini, berlaku krisis politik di Perak dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti ADUN dalam usul undi percaya yang dibentangkan di sidang DUN pada 4 Disember lalu.

Usul dibawa Abd Manaf Hashim (UMNO-Pengkalan Baru) itu hanya disokong 10 ADUN manakala 48 orang lagi menolaknya dan seorang berkecuali.

Belum pasti sama ada UMNO mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Parti itu memenangi 25 kerusi DUN, kurang lima kerusi daripada jumlah minimum yang diperlukan.

Awal pagi ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderingan sebagai Menteri Besar, serta seluruh barisan exco kerajaan negeri.

Pemimpin UMNO dan PAS di peringkat MN akan segera bertemu utk sama sama berbincang perkembangan politik semasa,termasuk isu Perak.Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan.Jangan mengharap untung secupak,tapi akhirnya rugi segantang. pic.twitter.com/o4S3ZLvcCo

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 6, 2020


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!