Gangguan trafik di Jalan Kuching sehingga Khamis ini

Penutupan jalan tersebut dilakukan bermula jam 11 malam hingga jam 5 pagi.
Penutupan jalan tersebut dilakukan bermula jam 11 malam hingga jam 5 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut akan mengalami gangguan di kedua-dua hala sehingga Khamis ini.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia berikutan penutupan jalan bagi membolehkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan perparitan dilakukan.

Menurut kenyataan itu, penutupan tersebut dilakukan bermula jam 11 malam hingga jam 5 pagi.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: