Pos tamatkan perkhidmatan deposit simpanan TH di kaunter

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan deposit simpanan Tabung Haji di semua kaunter pejabat pos akan ditamatkan bermula 2 Jan 2021.

Pos Malaysia berkata sebagai alternatif, para pelanggan boleh melakukan perkhidmatan itu secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

“Kami menghargai sokongan dan mengalu-alukan kunjungan anda. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami menerusi AskPos di www.pos.com.my,” menurut Pos Malaysia melalui hantaran di laman Twitter rasminya, @pos4you. - Bernama

Artikel Berkaitan: