Belum ada parti capai majoriti mudah tubuh kerajaan

Mohd Annuar ketika ditemui pemberita hari ini.
Mohd Annuar ketika ditemui pemberita hari ini.
A
A
A

IPOH - Setakat jam 4.30 petang hari ini, belum ada mana-mana parti politik yang berjaya mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, kesemua parti gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti yang cukup.

Menurutnya, pada jam 3.15 petang tadi, Pakatan Harapan (PH) diwakili tiga pengerusi parti negeri telah menghadap baginda Sultan dan menyembah maklum mengenai status rundingan yang sedang berlaku di pihak mereka.

Sejurus selepas itu, katanya, Sultan Nazrin menitahkan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk turut menyembah maklum status perundingan yang sedang berlaku antara parti itu dengan pelbagai pihak.

"Baginda masih belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak bahawa mereka mempunyai majoriti mudah, hanya apabila baginda berpuas hati ada pihak mempunyai majoriti itu, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.

"Kita akan tunggu sehingga mereka bersedia dengan meyakinkan baginda Sultan," katanya kepada pemberita di Istana Kinta hari ini.

Pagi tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti itu sudah mendapat sokongan majoriti bagi melantik Menteri Besar Perak yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga memberi bayangan bahawa pembentukan kerajaan baharu di Perak adalah hasil kesepakatan Perikatan Nasional (PN) antara UMNO, Bersatu dan Pas.

Artikel Berkaitan:

BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi bagi membentuk kerajaan Perak dengan majoriti mudah.

DUN Perak merangkumi 25 BN, DAP (16), Parti Amanah Negara (Amanah) (5), Bersatu (5), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: PH tak nyata pendirian sokong UMNO jadi MB

Pas, Bersatu akan mohon menghadap selepas mesyuarat

UMNO sudah cukup majoriti lantik MB: Ahmad Zahid