X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Tiada gangguan bekalan air walau LRA dihenti tugas: MB Selangor

Tindakan pantas agensi terlibat berjaya menghalang insiden gangguan bekalan air. - Foto Facebook Menteri Besar Selangor
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang gangguan bekalan air dilaporkan berlaku walaupun empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran daripada pencemaran sumber air mentah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insiden pencemaran berkenaan adalah dirancang bagi menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna di negeri ini.

Beliau berkata, namun begitu tindakan pantas diambil pihak berkaitan berjaya menghalang insiden berkenaan yang berpotensi menyebabkan gangguan kepada pengguna.

"Tahniah kepada petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan agensi kerajaan negeri kerana telah berjaya mengenal pasti sumber pencemaran dengan pantas dan menyelesaikan isu tersebut tanpa mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran air: 4 LRA Selangor beroperasi semula

"Sekali lagi telah berlaku kes pencemaran yang dirancang untuk mengakibatkan gangguan bekalan air.

"Walaupun loji telah dihenti tugas, namun tindakan pantas agensi telah berjaya menyelesaikan kes pencemaran tersebut," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Air Selangor menerusi kemas kini di laman Facebook memaklumkan LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 di sini terpaksa dihenti tugas pada jam 11.30 malam tadi berikutan pencemaran sumber air mentah.

Bagaimanapun, LRA LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi semula jam 3.30 pagi tadi, manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada jam 5 pagi tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!