X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada perubahan kriteria i-Sinar buat masa ini: KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar buat masa ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar buat masa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini sebagai merujuk kepada pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar, KWSP berkata, ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar,” menurut kenyataan itu.

Menurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Sehubungan itu, ia menjelaskan, setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan.

Sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah kategori satu, dijangka akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!