Timbalan Pengarah Operasi ditahan seleweng bantuan duit raya

Seorang Timbalan Pengarah Operasi di sebuah jabatan kerajaan di Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, atas kesalahan menyeleweng peruntukan bantuan duit raya sempena Aidilfitri lalu.

A
A
A

ALOR SETAR - Seorang Timbalan Pengarah Operasi di sebuah jabatan kerajaan di Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, atas kesalahan menyeleweng peruntukan bantuan duit raya sempena Aidilfitri lalu.

Sumber berkata, lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menyalahgunakan kuasa dengan tidak mengagihkan bantuan sebanyak RM22,500 yang diterima daripada kerajaan negeri.

Menurut sumber, kejadian itu dilaporkan berlaku pada tahun ini dan kes akan disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Bantuan Aidilfitri yang diterima daripada kerajaan negeri sepatutnya diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang. Bagaimanapun, bantuan tersebut tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” kata sumber itu lagi.

Menurutnya, SPRM telah menahan suspek pagi tadi ketika hadir ke pejabat SPRM Kedah.

“Suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Artikel Berkaitan: