X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang dikhuatiri lemas, tiga selamat

Operasi pencarian mangsa sedang dilakukan oleh pihak APMM dengan kerjasama daripada PDRM dan JBPM di perairan muara Sungai Bolong, Tuaran.
A
A

KOTA KINABALU - Tiga individu terselamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki dipukul ombak dan terbalik dalam kejadian di muara Sungai Bolong, Tuaran pagi tadi.

Mangsa, Manji Bakal, 50, bersama tiga lagi rakannya keluar memancing awal pagi tadi tetapi bot yang mereka naiki karam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 9.23 pagi tadi.

Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) menerima laporan itu.

"SAR bermula pada jam 10.30 pagi merangkumi keluasan lima batu nautika persegi dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan karam.

"Operasi pencarian dilakukan bersama bot ronda daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Terdahulu, Mohd Rosli turut mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa peka pada keadaan laut dan cuaca semasa sekiranya melakukan aktiviti di laut.

"Pastikan keluar berkumpulan dan memakai jaket keselamatan serta alat keselamatan lain seperti wisel dan lampu suluh sebagai persediaan jika berlaku kecemasan di laut.

"Sebarang kejadian kecemasan harus dilaporkan kepada agensi keselamatan di kawasan masing-masing atau lapor terus ke Pusat Operasi Maritim Sabah di talian 088-387774 dan talian kecemasan 999," katanya.

 Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas karam bersama bot yang dinaiki ketika keluar memancing dalam kejadian di muara Sungai Bolong, Tuaran.
Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas karam bersama bot yang dinaiki ketika keluar memancing dalam kejadian di muara Sungai Bolong, Tuaran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!