Rusia mula memvaksin Sputnik V

Seorang jururawat menyediakan suntikan vaksin percubaan di sebuah klinik di Moscow, Rusia. - AFP
Seorang jururawat menyediakan suntikan vaksin percubaan di sebuah klinik di Moscow, Rusia. - AFP
A
A
A

MOSCOW - Moscow mula mengedarkan vaksin Covid-19, yang diberi nama Sputnik V menerusi klinik di seluruh negara bermula hari ini, kata pasukan petugas koronavirus di sini.

Pasukan petugas berkata, buat kali pertama vaksin buatan Rusia itu akan diberikan kepada doktor, pekerja perubatan, guru dan pekerja sosial kerana mereka berdepan risiko tinggi terdedah dengan virus terbabit.

"Anda bertugas di institusi perubatan dan mempunyai keutamaan tinggi menerima vaksin Covid-19 dan ia adalah percuma," menurut pesanan mesej yang dibaca oleh guru sekolah, Muscovite pada hari ini yang dilihat Reuters.

Moscow selaku pusat wabak Covid-19 di Rusia, merekodkan 7,993 kes baharu semalam berbanding 6,868 kes pada hari sebelumnya.

"Sehingga lima jam pertama, kira-kira 5,000 orang termasuk guru, doktor, pekerja sosial telah mendaftar untuk disuntik vaksin kerana mereka mempertaruhkan kesihatan dan nyawa mereka," kata Datuk Bandar Sergei Sobyanin yang menulis dalam laman web peribadinya semalam.

Selain itu, individu berumur 60 tahun layak menerima suntikan vaksin itu manakala individu mempunyai keadaan kesihatan tidak menentu, wanita hamil dan mengalami kesukaran bernafas lebih dua minggu adalah dilarang menerima vaksin ini.

Rusia membangunkan dua vaksin Covid-19 iaitu Sputnik V yang disokong oleh Dana Pelaburan Langsung Rusia manakala satu lagi dibangunkan oleh Institut Vektor Siberia yang mana kedua-duanya belum lengkap sepenuhnya.

Bagaimanapun, para saintis melahirkan kebimbangan mengenai kecepatan Rusia menghasilkan virus itu dengan melancarkan vaksinasi secara besar-besaran sebelum melakukan ujian lengkap bagi menjamin keselamatan dan keberkesanannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: