X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO tidak letak calon di PRK DUN Bugaya

Bung Moktar bersama badan pimpinan UMNO Sabah selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di Bilik Mesyuarat UMNO Sabah, Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan pada 16 Januari depan.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu diambil oleh UMNO Sabah sendiri disebabkan beberapa faktor.

"Kita telah memutuskan untuk tidak meletak calon dan keputusan ini dibuat tadi oleh UMNO Sabah berdasarkan beberapa faktor iaitu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, UMNO tidak bertanding di kawasan itu.

"Keputusan ini diambil oleh UMNO Sabah berdasarkan kuasa autonomi yang ada," katanya pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat UMNO Sabah di sini hari ini.

Diminta mengulas berhubung sekiranya pengisytiharan darurat diadakan di DUN Bugaya, beliau berkata, pihaknya bersetuju jika ia dilaksanakan.

"Kalau kawasan itu diisytiharkan darurat, itu lebih baik, tangguh dulu seperti Parlimen Batu Sapi.

"Kita bersetuju sebab untuk kebaikan rakyat juga," katanya.

Terdahulu, mengulas berhubung mesyuarat yang dihadiri badan pimpinan UMNO Sabah hari ini, beliau memaklumkan ia adalah pertama kali diadakan selepas PRN Sabah yang lalu.

"Ini adalah mesyuarat pertama selepas PRN Sabah kerana ada halangan-halangan untuk kita mengadakan mesyuarat terutamanya disebabkan koronavirus (Covid-19) dan walaupun kita adakah mesyuarat, kita masih mengamalkan penjarakan sosial.

"Hari ini UMNO Sabah juga telah menerima beberapa keahlian pemimpin-pemimpin tertentu yang menyertai UMNO semula," katanya.

Antara yang menyertai UMNO semula adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; bekas ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail; bekas ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Bugaya meninggal dunia sakit buah pinggang

PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Januari


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!