44 individu direman merusuh di hadapan Plaza Low Yat

Polis menahan 44 individu termasuk tiga wanita di Kuala Lumpur untuk siasatan kes rusuhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur semalam.
Polis menahan 44 individu termasuk tiga wanita di Kuala Lumpur untuk siasatan kes rusuhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 44 individu termasuk tiga wanita untuk siasatan kes rusuhan di hadapan Plaza Low Yat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan orang awam pada jam 7.05 petang.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menahan 44 individu berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun termasuk tiga wanita.

"Tangkapan ini terdiri daripada pemilik kedai, pekerja dan orang awam.

"Siasatan mendapati punca kejadian pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan pergaduhan antara kaum sebaliknya ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis menahan 44 individu termasuk tiga wanita di Kuala Lumpur untuk siasatan kes rusuhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur semalam.
Polis menahan 44 individu termasuk tiga wanita di Kuala Lumpur untuk siasatan kes rusuhan di hadapan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman tiga hari sehingga Isnin depan untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Katanya, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya bersama-sama menjaga keharmonian masyarakat agar kita semua dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera. Polis juga memohon orang ramai agar tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam," katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Semalam, beberapa video memaparkan kejadian pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di ibu negara tular di laman media sosial yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebut pelanggan punca gaduh di hadapan Plaza Low Yat