X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar antara ditahan merempit di lebuh raya

Polis menahan empat individu yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya di Lebuhraya DUKE, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja masih bersekolah antara empat yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi bermula jam 1 pagi diketuai Inspektor Solihi Shafie bersama 12 anggota itu bertindak menahan empat penunggang motosikal berusia 16 hingga 26 tahun.

Menurutnya, risikan pihaknya mendapati penunggang terbabit melakukan aksi superman, zig-zag dan menundukkan kepala.

"Pemeriksaan pada empat penunggang yang ditahan itu mendapati salah seorang daripadanya berusia 16 tahun dan masih bersekolah, manakala yang lain ada yang sudah tidak bersekolah serta bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga.

"Semakan juga mendapati terdapat kesalahan lain yang dikesan iaitu tidak mempunyai lesen memandu selain motosikal tidak mempunyai cermin sisi dan lampu belakang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, motosikal terbabit juga telah diubah suai dengan menggunakan ekzos bising, tayar bersaiz kecil dan tiada nombor pendaftaran.

Katanya, pihaknya percaya kesemua mereka ini adalah kumpulan yang sama.

"Kesemua penunggang terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!