Polis terima lagi dua laporan kes kartel daging sejuk beku

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menerima dua lagi laporan berhubung isu penyeludupan daging sejuk beku dan pemalsuan dokumen yang dipercayai dilakukan di sebuah gudang kartel daging sejuk beku di Senai di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Hari ini (semalam), kita telah terima dua lagi laporan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan sitaan barang kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Daging import haram dijual secara online

Gudang kartel proses daging babi

Mufti gesa hukuman berat ke atas pihak palsukan logo halal

“Dua laporan itu dibuat di Balai Polis Senai,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tambahnya, dengan dua laporan terbaharu itu, keseluruhan laporan yang diterima polis setakat ini berkaitan isu terbabit adalah sebanyak tiga.

Artikel Berkaitan: