Forum Ihya’ Subuh Perdana boleh ditonton secara dalam talian

Forum Ihya’ Subuh Perdana alternatif dakwah norma baharu dibawa oleh Jawi ketika musim Covid-19.
Forum Ihya’ Subuh Perdana alternatif dakwah norma baharu dibawa oleh Jawi ketika musim Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima masjid di Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Forum Ihya’ Subuh Perdana secara dalam talian selama lima minggu berturut-turut.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, program itu bermula sejak 29 November lalu dan siri kedua pada Ahad ini di di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan menampilkan penceramah selebriti Syamsul Debat dan Ustaz Datuk Dr Izhar Ariff dengan topik 'Kalau Dah Jodoh'.

"Forum itu melibatkan kehadiran jemaah yang menunaikan solat Subuh di masjid tersebut dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Siaran tersebut boleh ditonton melalui Facebook rasmi Jawi," menurut kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan sama, program itu merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2021-2024 dengan tagline 'Masjid Dihatiku'.

"Inisiatif tersebut bertujuan menyemarakkan aktiviti pengimarahan masjid dalam norma baharu.

"Selain menarik jemaah hadir ke masjid, program sama juga dapat menggalakkan penyertaan masyarakat bersama ahli keluarga dalam majlis ilmu secara dalam talian di kediaman masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan: