KDN tegas tidak ubah status kawalan kanabis dalam negara

Kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - Foto 123RF, gambar kecil: Hamzah Zainuddin
Kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - Foto 123RF, gambar kecil: Hamzah Zainuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri menegaskan kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan berkait kanabis dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu diambil walaupun Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik pada 2 Disember lalu di Vienna bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).

Menurutnya, kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan undang-undang juga tetap akan diambil di bawah akta itu ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

"Bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik tersebut untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen 1961 juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

"Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Thailand: Kanabis dikeluarkan daripada senarai narkotik

Artikel Berkaitan: