Jangan 'rigid' sangat soal pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya tidak terlalu 'rigid' dengan meletakkan syarat yang ketat buat pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun satu melalui program i-Sinar.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya tidak terlalu 'rigid' dengan meletakkan syarat yang ketat buat pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun satu melalui program i-Sinar.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya tidak terlalu 'rigid' dengan meletakkan syarat yang ketat buat pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun satu melalui program i-Sinar.

Penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor menegaskan, dalam situasi sekarang iaitu ketika rakyat berdepan dengan kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19, KWSP perlu menyediakan jalan yang mudah untuk membantu pencarum meringankan beban yang mereka hadapi.

"Jangan 'rigid' sangat soal pengeluaran wang KWSP kerana ramai yang tersepit dalam situasi pandemik Covid-19. Sepatutnya pengeluaran wang dipermudahkan kepada pencarum kerana mereka bukan sengaja hendak keluarkan wang tetapi terpaksa. Kita lihat sahaja situasi sekarang ramai tiada pekerjaan dan gaji dipotong maka mereka perlukan sokongan kewangan.

"Bila dapat keluarkan wang, maka golongan yang belanja 'cukup makan' dan 'tersepit' ini dapat menarik nafas lega dan tidaklah terbeban," katanya kepada Sinar Harian semalam.

KWSP kelmarin mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.

KWSP memaklumkan, kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagi Kategori 2 pula, golongan yang layak adalah mereka yang berdepan dengan pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Dalam pada itu Shazli turut menekankan, definisi individu atau kelompok terjejas itu harus diubah melibatkan pihak yang memerlukan dan tidak mengelirukan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Beri peluang dan jangan susahkan mereka (pencarum). Benarkanlah sesiapa pun yang mencarum keluarkan simpanan mereka bagi menjana kehidupan keluarga dan perkara itu perlu diambil kira oleh semua pihak.

"Maksudnya semua pihak layak dan tidak perlulah letak syarat lagi memandangkan program i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum," katanya.