Lelaki intai wanita mandi didenda RM2,000

Tangkap layar daripada telefon bimbit mangsa yang merakamkan tertuduh sedang mengintai.
Tangkap layar daripada telefon bimbit mangsa yang merakamkan tertuduh sedang mengintai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai seorang wanita sedang mandi di bilik air pada bulan lalu.

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, Chung Wai Yan, 24.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap jirannya di sebuah kediaman di Taman Setia Indah di sini pada jam 7.15 pagi, 13 November lalu.

Atas kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai Qi manakala tertuduh diwakili peguam bela Syahida Nadia Zakaria

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki mengintai seorang wanita mandi dalam tandas dan merakamkannya dalam telefon bimbit sebelum mangsa membuat laporan polis pada 17 November lalu.

Berdasarkan laporan itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mangsa menyedari dirinya diintai kerana mengesan terdapat pergerakan orang di tingkap bilik yang terbuka.

Mangsa yang baru menyewa di kediaman tersebut selama kira-kira dua bulan turut memaklumkan perkara itu merupakan kali kedua berlaku.

Artikel Berkaitan: