X

Kindly register in order to view this article
!

Mahdzir ziarah keluarga kakitangan TNB yang maut dalam kemalangan

Mahdzir ketika melawat keluarga Allahyarham Ahmad Anwar di Ijok hari ini.
A
A

KUALA SELANGOR - Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga seorang kakitangannya di Ijok, di sini yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam.

Allahyarham Ahmad Anwar Raspan yang merupakan Juruteknik Tingkatan Kanan Metering, TNB Klang, terlibat dalam kemalangan itu di Jalan Puncak Alam menuju ke Meru, Klang ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

"Saya amat sedih dengan kejadian itu dan saya berharap seluruh ahli keluarga bersabar dengan dugaan yang menimpa ini.

"Saya mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tentu sekali pemergian arwah satu kehilangan kepada TNB," katanya ketika lawatan berkenaan.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis skuter Honda dipercayai dihimpit kereta sebelum terjatuh dan digilis sebuah lori sejauh 10 meter yang tidak sempat berhenti.

Allahyarham berusia 34 tahun berasal dari Bukit Badong, Batang Berjuntai dan menetap di Puncak Alam meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang berusia tiga dan tujuh tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!