22 rumah rosak dilanda ribut

Adun Labu, Ismail (kiri) melawat mangsa semalam.
Adun Labu, Ismail (kiri) melawat mangsa semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 98 penduduk terjejas dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara apabila 22 rumah di Taman Dato Shahardin, Labu, di sini rosak selepas dilanda ribut, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mangsa terdiri daripada 40 lelaki dewasa, 34 wanita dewasa dan 24 kanak-kanak termasuk 13 perempuan itu terlibat dalam kejadian ribut kira-kira jam 7.30 malam.

No Image Caption

“Mereka dipindahkan pusat pemindahan sementara di Balai Raya Taman Dato Shahardin, Labu Hilir pada malam tadi dan siasatan polis mendapati 22 kediaman rosak.

“Tiada kemalangan jiwa atau penduduk yang cedera dalam kejadian itu. Namun, mereka semua sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 12 anggota bomba dan empat polis menawarkan bantuan kepada mangsa.

No Image Caption

Dalam pada itu Adun Labu, Ismail Ahmad berkata, kerajaan negeri akan meneliti masalah yang dihadapi semua mangsa sebelum sebarang bantuan diberikan.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini, bantuan awal sudah diberikan kepada semua mangsa termasuk penyediaan tempat berteduh, makanan dan keperluan asas. Kita sudah minta Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menilai kerosakan yang dihadapi dan kerja-kerja pembaikan bumbung juga akan kita bantu.

“Selain itu, kita juga akan meneliti bantuan lain yang sesuai dan jika difikirkan perlu kerajaan negeri akan memberi bantuan ihsan melalui Tabung Bencana Negeri Sembilan,” katanya.